Categories
Berita Budaya Ekonomi Kesihatan Politik

SEMANGAT SOLIDARITI PARTI KOMPONEN PERANGI COVID-19 – AZMIN ALI

Oleh: Editorial Penggerak Daily

Perikatan Nasional menyambut baik semangat solidariti parti komponen PAS, STAR dan SAPP serta Ahli-Ahli Parlimen UMNO, MCA, MIC, PBRS, Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Parti Bersatu Sabah (PBS) yang telah menzahirkan sokongan penuh terhadap kepimpinan YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin dan mendukung Kerajaan Perikatan Nasional, kata Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu, Mohamed Azmin Ali.

“Perikatan Nasional menyeru semua pihak khususnya pemimpin politik merentasi segenap batas perbezaan untuk segera mendakap kesatuan bersama rakyat demi memerangi COVID-19 dan memulihkan ekonomi negara”, tambahnya lagi dalam satu kenyataan media hari ini.

Dalam kenyataan tersebut, Azmin juga menegaskan PN menjunjung tinggi titah KDYMM Seri Paduka Baginda Yang
di-Pertuan Agong yang mengiktiraf kejayaan Kerajaan Persekutuan pimpinan YAB Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam menangani wabak COVID-19 dengan baik dan berkesan.

“Perikatan Nasional juga menjunjung kasih di atas keyakinan KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong terhadap pelaksanaan kebijakan dan tindakan penguatkuasaan oleh Kerajaan Persekutuan demi melindungi kesihatan rakyat, memelihara kebajikan dan menjamin keselamatan rakyat serta mencerdaskan ekonomi negara”,

Dimaklumkan juga pentadbiran PN akan berganding bahu bersama pakar kesihatan dan ekonomi serta pasukan keselamatan untuk mencerakinkan pelan jangka pendek, sederhana dan panjang bagi menangani wabak ini secara holistik.

 

PenggerakDaily

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *