Categories
Berita

SEMARAKKAN PATRIOTISME, PKN TENGGARA AGIH 1800 UNIT JALUR GEMILANG DI KOTA TINGGI

Oleh: Editorial Penggerak Daily

Penggerak Komuniti Negara (PKN) Tenggara telah mengagihkan 1800 unit Jalur Gemilang kepada pelajar-pelajar di  Kota Tinggi bagi menyemarakkan semangat kebangsaan dan rasa cinta akan tanah air  dalam kalangan generasi muda.

Tiga buah sekolah yang menerima sumbangan bendera tersebut ialah SJKT Ladang Pelepah, SJKC Mawai (Taman Daiman) dan SK Bandar.

Menurut Pengerusi PKN Tenggara, Datuk Tan Lek Khang, “inisiatif ini bertujuan meningkatkan nilai patriotisme dalam kalangan generasi baru.

Tambah Tan lagi, “memandangkan zaman teknologi media dan digital mendedahkan anak muda dengan pelbagai fahaman dan idea dari luar yang lebih terbuka, inisiatif ini diharapkan dapat kukuhkan jati diri anak Malaysia”.

“Tambahan sekarang merupakan bulan kemerdekaan, jadi PKN Tenggara mengambil inisiatif ini untuk Malaysia yang lebih harmoni dan bersatu padu”.

Sebelum ini, PKN Tenggara telah bekerjasama dengan Pertubuhan Kebajikan Jiwa Prihatin telah membuat ‘face shield’ sendiri dan diagihkan kepada frontliner di negeri Johor sebanyak 5000 unit.

PenggerakDaily

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *