Categories
Berita Budaya Ekonomi Kesihatan

SEMUA AHLI PARLIMEN DIBENARKAN MASUK DEWAN MASA UNDI BELAH BAHAGIAN – YDP

JOHOR BAHRU: Bagi proses pengundian belah bahagian bagi Mesyuarat Ketiga, Penggal Ketiga, Parlimen ke-14, semua ahli parlimen dibenarkan untuk berada di dalam Dewan Rakyat.

Menurut Yang di-Pertua Dewan Rakyat (YDP), Azhar Azizan Harun susulan Mesyuarat Penyelarasan Urusan Dewan Rakyat berikutan penularan wabak COVID-19 semalam memutuskan kehadiran ahli parlimen yang dihadkan kepada 80 orang pada satu-satu masa dalam Dewan Rakyat.

Menurut Pemasyhuran daripada YDP, kehadiran ahli parlimen sepanjang tempoh persidangan Mesyuarat Ketiga (termasuk pembentangan Belanjawan pada Jumaat ini) dihadkan kepada 80 orang sahaja pada satu-satu masa dalam Dewan Rakyat dengan pecahan pembahagian 41 pihak kerajaan dan 39 pihak pembangkang dan bebas.

“Penentuan Ahli Yang Berhormat yang boleh berada dalam Dewan akan ditetapkan oleh parti masing-masing”,

Walaupun ditetapkan had seramai 80 orang untuk berada di dalam Dewan Rakyat, namun bagi proses pengundian belah bahagian, semua ahli-ahli Yang Berhormat dibenarkan untuk berada di dalam dewan.

“Langkah-langkah yang diambil ini adalah untuk tempoh sementara sahaja demi mengimbangkan tanggungjawan Ahli-ahli Dewan dengan kepentingan menjaga kesihatan Ahli-ahli Dewan semasa berada di parlimen berikutan penularan wabak COVID-19”.

 PenggerakDaily

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *