Categories
Berita Budaya Kesihatan Pendidikan

SENATOR DR. ZULKIFLI TURUN PADANG BANTU MAHASISWA UKM

Oleh: Editorial Penggerak Daily
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), YB Senator Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri hadir menyampaikan sumbangan bagi membantu mahasiswa UKM yang telah hadir ke kampus bagi mengikuti pengajian semester 1 sesi 2020/2021.
Sumbangan yang diberikan itu berupa wang berjumlah RM10,000 melalui Yayasan Dakwah Islam Malaysia (YADIM).
Dalam kunjungan tersebut, beliau turut meluangkan masa menyantuni mahasiswa yang berada di Kolej Dato’ Onn.
Hadir sama ialah Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar, Prof. Dato’ Ir. Dr. Othman A Karim, Yang Dipertua YADIM, Ustaz Haji Nasruddin Hassan dan Pengarah Pusat Hal Ehwal Pelajar, Dr. Suhaimi Mohamad.
PenggerakDaily

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *