Categories
Berita

SEORANG LELAKI DITEMUI MAUT DALAM TANDAS

Lelaki 40an ditemui maut dalam tandas

KULAI: Seorang lelaki berusia 40 ditemui mati dalam keadaan terperangkap di dalam tandas sebuah kediaman di Taman Scientex, di sini malam semalam.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Kulai, Pegawai Bomba Kanan II, Firdaus Juritah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 9.12 malam.

Menurutnya, sehubungan itu seramai lapan anggota beserta sebuah jentera digerakkan ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi, didapati seorang mangsa lelaki terperangkap di dalam tandas.

“Apabila pintu berjaya dibuka, mangsa telah disahkan mati dan berkemungkinan telah lebih 24 jam,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Tambah Firdaus, mangsa kemudahan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut manakala operasi berkenaan ditamatkan pada pukul 10.33 malam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *