Categories
Berita Sejarah Viral

SETELAH HAGIA SOFIA, KINI GEREJA CHORA JADI MASJID

Oleh: Editorial Penggerak Daily

Sebelum ini Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan menukar bangunan bersejarah, Hagia Sofia menjadi masjid. Kini, presiden berkenaan mengubah Gereja Chora menjadi masjid di Turki.

Gereja Chora merupakan bangunan Bizantium yang dibina pada abad ke-14 dengan dinding yang penuh ukiran dan pemandangan daripada kitab-kitab lama.

Setelah Istanbul ditakluk oleh Uthmaniah pada 1453, bangunan itu dijadikan masjid dan ukiran dinding gereja ini ditutup. Setelah jatuhnya kerajaan Uthmaniah, bangunan itu diubah menjadi muzium selama lebih 70 tahun. Bangunan bersejarah yang berusia 1000 tahun ini menjadi muzium setelah Turki diperintah dengan lebih sekular.

PenggerakDaily

 

 

 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *