Categories
Berita Budaya pembangunan

SETIAP KAMPUNG BARU TERIMA RM100,000 BAGI PEMBANGUNAN KAMPUNG

Oleh: Editorial Penggerak Daily
Setiap Kg Baru menerima peruntukan sebanyak RM100 ribu bagi mengendalikan program pembangunan dan ilmu serta membangunkan kawasan perkampungan, kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin.
Peruntukan tersebut diumumkan ketika Zuraida menyempurnakan Majlis Penyerahan Watikah Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP) Kampung Baru, hari ini.
Seramai 109 orang Lantikan Pengerusi Jawatankuasa Kampung Baru terdiri daripada 4 buah negeri P. Pinang, Selangor, Wilayah Persekutuan dan Negeri Sembilan.
Dalam ucapannya, beliau berharap semua yang dilantik dapat menjalankan tugas dengan baik.
PenggerakDaily

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *