Oleh: Editorial Penggerak Daily
Ketua Penerangan UMNO, Shahril Sufian Hamdan disahkan terkena jangkitan COVID-19, kongsi beliau sendiri di twitternya.
“Positif COVID-19. Tiada simptom yang ketara melainkan penat sedikit.
“Buat keputusan untuk ambil ujian semalam di Kuala Lumpur sebagai langkah berjaga-jaga selepas kes melonjak naik, kerana saya terlibat berkempen di Sabah.
“Baru menerima panggilan dan akan dimasukkan ke hospital hari ini. Saya memohon maaf atas kesulitan yang bakal dihadapi orang-orang yang menjadi kontak rapat saya,”
Sebelum ini, Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Mohd Razlan Rafii telah disahkan menghidap COVID-19.
PenggerakDaily