Oleh: Editorial Penggerak Daily
Gara-gara ciapan daripada penceramah motivasi, Azizan Osman di Twitter yang menyindir golongan peniaga yang tidak berjaya membuat jualan sebanyak RM1 juta sebulan, sebuah syarikat jualan atas talian, Shopee telah menyakat penceramah berkenaan dengan memuat naik iklan yang menyindir penceramah tersebut.
Ciapan Azizan Osman berbunyi “buat apa berniaga bertahun-tahun tapi masih tak capai jualan RM1 juta yang pertama setahun apatah lagi sejuta sebulan? Kau berniaga ke isi masa lapang?” telah mengundang kemarahan netizen dan kebanyakan netizen menyifatkan perniagaan penceramah tersebut hanya jual ‘air liur’ saja.
Susulan itu juga, Shopee memuat naik iklan di Facebook berbunyi, “Buat apa berniaga bertahun-tahun tapi menggunakan definisi kejayaan orang lain, kan? Ada yang nak dapat berjuta-juta , ada yang sekadar dapat financial freedom pun dah cukup . Oleh itu, jom berniaga di Shopee . Jangan jual air liur atau ijazah palsu dah lah ye . Kalau ada, tolong report kat kami”.
Rata-rata netizen memuji ‘kenakalan’ Shopee menyakat Azizan Osman dan berharap penceramah tersebut berfikir sebelum menulis di media sosial.
PenggerakDaily