Categories
Berita Hiburan seni

SIAPA ‘BUDAK BARU NAK UP’ DAPAT RM100,000 MALAM INI?

Oleh: Editorial Penggerak Daily

Jam 9.00 malam ini merupakan malam akhir bagi pertandingan Big Stage musim ke-3 setelah 7 minggu pertandingan yang menggilap bakat muda ini berlangsung.

Azam Sham, Fadh Majid, Dinie Rashid, Usop dan Qodi merupakan lima peserta yang layak ke final untuk merebut gelaran juara seterusnya membawa pulang RM100,000 beserta trofi.

Manakala Naib Juara akan membawa pulang RM50,000, tempat ketiga RM25,000, tempat keempat RM10,000 manakala tempat kelima RM5,000 dengan masing-masing menerima trofi.

Big Stage merupakan pertandingan nyanyian yang melibatkan 12 bintang ‘Budak Baru Nak Up” (BBNU) yang terdiri daripada 8 bintang lelaki dan 4 bintang wanita.

Pada musim ke-3 ini, tiga pemuzik tanah air, Faizal Tahir, Ajai dan Dayang Nurfaizah telah dilantik sebagai juri tetap sementara seorang juri jemputan akan diundang khas bergilir setiap minggu bagi mengadili persembahan tersebut.

PenggerakDaily

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *