Categories
Berita Budaya Politik

SIAPA KETUA MENTERI SABAH?

Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bakal mengumumkan calon Ketua Menteri Sabah baharu sebelum mengangkat sumpah jawatan berkenaan hari ini.

Ketua Badan Pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Sabah, Datuk Hajiji Noor berkata pengumuman akan dibuat sebelum upacara berlangsung di Istana Negeri.

“Kita akan maklumkan sebelum naik Istana (majlis angkat sumpah),” katanya pada sidang media di sini, kira-kira jam 2.30 pagi tadi.

Turut hadir Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainuddin.

Ditanya sama ada calon Ketua Menteri adalah daripada Perikatan Nasional (PN), beliau mengatakan biarlah ia menjadi teka-teki.

 

Sumber: Kosmo!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *