Categories
Alam Sekitar Berita Budaya Business

SIGAR ATAU TANJAK MAMPU JANA PENDAPATAN PENDUDUK LUAR BANDAR

Sigar atau tanjak mampu menjana pendapatan lumayan untuk penduduk luar bandar.
Ini kerana produk daripada kain tenunan yang mengangkat budaya etnik Dusun itu dijual pada harga RM600 setiap satu dan kos pembuatannya yang berpatutan.
Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Seri Wilfred Madius Tangau berkata industri pembuatan tersebut mampu meningkatkan pendapatan penduduk khususnya di Kiulu.
“Kerajaan negeri sebelum ini telah melihat potensi besar dalam industri pembuatan sigar.
“Negeri kita yang kaya dengan budaya dan sumber hasil mampu menjana pendapatan rakyat setempat dengan kemampuan kita dalam menghasilkan sesuatu produk,” katanya.
Produk daripada kain tenunan yang mengangkat budaya etnik Dusun itu dijual pada harga RM600 setiap satu.
Beliau berkata demikian dalam ucapannya semasa merasmikan Program Khidmat Masyarakat Kursus Membuat Sigar di Kampung Rangalau Lama, Kiulu semalam.
Program tersebut merupakan program khidmat masyarakat anjuran Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Pengajian Sultan Idris (UPSI).
Antara yang hadir adalah penuntut Pengajian Bahasa Kadazandusun.
Ini merupakan penganjuran kali ketiga program khidmat masyarakat tersebut yang bertujuan memartabatkan budaya, tradisi dan etnik Momogun di Kiulu.
Sumber: Awani

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *