Categories
Berita Sukan

KERJASAMA JDT, FAM SIRI JELAJAH DNA BOLA SEPAK MALAYSIA ZON SELATAN

Oleh: Editorial Penggerak Daily
Siri Jelajah DNA Bola Sepak Malaysia bagi Zon Selatan membabitkan Johor dan Melaka telah berlangsung di Hotel Thistle, Johor Bahru hari ini 12 September 2020.
Sesi praktikal hasil kerjasama Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) melalui skuad akademi JDT B-12 dan B-17 turut diadakan di Pusat Latihan JDT di Padang Seri Gelam.
Siri jelajah ini disertai seramai 120 orang peserta yang mengikuti sesi pembentangan berkaitan DNA Bola Sepak Malaysia oleh Pengarah Teknikal FAM, Peter de Roo, Pendidikan Kejurulatihan oleh Ketua Unit Pendidikan Jurulatih FAM, David Abela, Bola Sepak Akar Umbi oleh Ketua Unit Akar Umbi FAM, Samuel Siew, Pencarian Bakat oleh Pengarah Teknikal NFDP, Saad Ichalalene dan Pembangunan Bola Sepak Belia oleh Penolong Pengarah Teknikal FAM merangkap Ketua Unit Belia FAM, Datuk Ong Kim Swee. Luaskan Kuasamu Johor.
PenggerakDaily

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *