Oleh: Editorial Penggerak Daily
Menteri Besar Johor, Datuk Ir Hasni Mohammad berkata, dasar sekular selalu dilihat sebagai moden, kontemporari dan komprehensif sebagai penyelesaian utama kepada masalah umat.
“Bagaimanapun katanya, sistem itu tidak wajar diterima atau ditiru secara menyeluruh dalam amalan demokrasi”,
“Kita cedok bulat-bulat solusi (sistem) itu kerana dari negara maju dan sistem pendidikan barat”,
“Lalu kita lupa kearifan dan hikmah ulama setempat, ilmuwan dan pakar setempat dalam pelbagai bidang. Kaedah sekular barat dalam memberikan solusi kepada masalah umat perlu berakhir,” katanya ketika berucap dalam Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Negeri Johor 1442/2020 di Pusat Islam Iskandar di sini hari ini.
Sementara itu dalam laman facebooknya, Hasni menegaskan Islam perlu diposisikan dengan strategik dalam Agenda Makmur Johor yang sedang dilaksanakan.
“Agenda Makmur Johor tidak akan meninggalkan asas-asas identiti seorang Muslim di Johor. Asas-asas utama identiti seorang Muslim di Johor, adalah agamanya”,
“Islam Memacu Kemakmuran’ adalah idea besar kita untuk Islam di Johor ini. Kerana kemajuan, kesejahteraan dan kebolehsaingan, tanpa sisi rohani dan spiritualnya, tidak akan menjelmakan kemakmuran yang seadil-adilnya”.
PenggerakDaily