Oleh: Editorial Penggerak Daily
Dalam situasi tegang dengan pandemik COVID-19 serta ketidakstabilan politik dan ekonomi, elok kita rehat sebentar dan merenungi pesanan dari mantan Naib Canselor UiTM, Prof Emeritus Dr. Sahol Hamid Abu Bakar.
“Kalau tak mampu mencintai, jangan sentuh hati seseorang, kalau tak mampu setia jangan mengukir janji, kalau tak mampu menggenggam hubungan jangan beri harapan”, pesan Dr. Sahol melalui hantaran di facebook sebentar tadi mengenai masalah siswi yang patah hati kerana lelaki mempunyai banyak pilihan.
“Hati manusia terlalu bernilai untuk disakiti, terlalu mahal untuk disia-siakan, dan terlalu berharga untuk dihancurkan”, tambah Dr. Sahol lagi.
Menurut Dr. Sahol, walaupun beliau merupakan mantan VC, namun masih ramai pelajar yang meminta nasihatnya.
“Musim COVID-19 ramai dirumah dan students pula online. Banyak juga masa melihat FB dan lain. Satu pertanyaan atau nasihat yg diminta sejak dulu adalah berkenaan CINTA”,
“Ramai pula yg hantar email dan message dlm fb meminta macam2 nasihat. Yang saya mampu saya menjawab terus. Kadang2 terpaksa beri secara umum. Siswi yg patah hati kerana lelaki mempunyai banyak pilihan. Kali ini saya ingin nasihatkan semua”, jelasnya lagi.
Dr. Sahol telah menjadi Naib Canselor UiTM yang ketiga selama 6 tahun dari Januari 2010 hingga Januari 2016.
PenggerakDaily