Seorang lelaki, 29 yang juga merupakan suami kepada Youtuber yang terkenal dengan program masakan, dikenakan perintah reman selama tiga hari mulai hari ini oleh Mahkamah Majistret di sini, kerana disyaki mendera isterinya.
Penahanan ini telah disahkan oleh Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz, lapor sebuah berita tempatan.
“Polis masih menyiasat kejadian ini yang kita percaya berlaku kerana masalah dalaman keluarga,” katanya.
Sebelum ini, pasangan ini tular di media sosial apabila video masakannya mendapat perhatian netizen. Sebelum ini, pasangan terbabit tinggal di kawasan estet sebelum mereka berpindah di kawasan perumahan.
Semoga masalah ini dapat diselesaikan dengan baik dan segala urusan dipermudahkan.
PenggerakDaily