Categories
Berita Business Ekonomi

SUKUK PRIHATIN RM500 JUTA DILANCAR ESOK

Kementerian Kewangan bakal mengumumkan terbitan Sukuk Prihatin berjumlah RM500 juta di bawah Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) esok.

Kementerian itu memaklumkan, terbitan sukuk patuh syariah itu adalah hasil permintaan pelbagai pihak untuk turut membantu dalam usaha pemulihan negara.

“Hasil terbitan Sukuk Prihatin akan disalurkan kepada beberapa inisiatif yang telah dikenal pasti, termasuk meningkatkan kesalinghubungan kepada sekolah-sekolah luar bandar, menampung geran penyelidikan penyakit-penyakit berjangkit, dan membiayai PKS mikro terutamanya usahawan wanita,” kata kementerian itu dalam kenyataan yang diedarkan,.

Majlis perasmian Sukuk Prihatin itu akan disaksikan oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Sementara majlis pelancaran pula akan disempurnakan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz

Sumber: Awani

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *