Oleh: Editorial Penggerak Daily
Seramai 50 pekerja pembersihan di Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru menerima kurniaan juadah KFC daripada DYMM Sultan dan Permaisuri Johor sempena sambutan Maulidur Rasul pada hari ini.
Kurniaan turut disampaikan kepada 95 pesakit di tiga Wad Kanak-Kanak HSA serta petugas perubatan yang bertugas di wad berkenaan pada hari ini (29 Oktober).
Wakil Baginda, Datin Dato’ Setiausaha Kerajaan Negeri Johor menyampaikan kurniaan daripada DYMM Sultan dan Permaisuri Johor kepada Timbalan Pengarah HSA, Dr. Redzuan Ab Hamid di perkarangan lobi HSA.
Bagi pihak pekerja pembersihan, kurniaan diterima oleh Penyelia Pembersihan Medivest, Nur Syafiqah Tuan Ismail.
PenggerakDaily