DYMM Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar berkenan mengurniakan cincin khas sebagai kenangan buat kakitangan Istana.
Baginda Tuanku Sultan mendapat ilham itu melalui hobi baharu Baginda iaitu membuat batu cincin daripada sejenis spesies siput.
“Almarhumah bonda saya pernah kurniakan satu cincin sebegini ketika saya muda dan kini saya turunkan ia kepada (DYAM) Tunku Mahkota.
“Beberapa ketika dahulu, saya terjumpa siput yang sama dihidangkan dalam santapan saya, jadi saya telah mendapat batunya dan mengilatkannya sendiri. Lalu saya fikir ini boleh menjadi satu cenderahati yang sangat bermakna untuk
kakitangan saya,” titah Baginda kepada Royal Press Office (RPO), hari ini (6 Disember).
Batu-batu untuk setiap kakitangan telah dipilih dan digilap sendiri oleh Baginda Tuanku Sultan sebelum dibentuk oleh tukang emas peribadi Baginda.
Baginda Tuanku Sultan juga bercadang untuk menggunakan batu-batu berkenaan sebagai perhiasan kancing Baju Melayu, ‘cufflink’ dan pin tali leher Baginda.
Penggerakdaily