Oleh: Editorial Penggerak Daily
Jabatan Agama Islam Wilayah (JAWI) dalam usaha mempertimbangkan surau yang diberi kebenaran sementara dapat dibuka lebih banyak bagi membolehkan solat Jumaat dijalankan.
Pengarah Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak KL, Mohd Ajib Ismail menegaskan kebenaran diberikan kepada surau-surau yang mematuhi syarat dan SOP.
Pengarahnya, Mohd Ajib Ismail berkata kebenaran diberikan kepada surau-surau di Wilayah Persekutuan yang mematuhi syarat dan prosedur operasi standard (SOP).
“Bagi memberi ruang yang lebih besar kepada umat Islam untuk mendirikan solat Jumaat, hampir 20 surau biasa diberi kebenaran termasuk tujuh surau dilulus bermula 17 Julai lepas dan ada lagi dilulus bermula 24 Julai,”
Kelulusan akan diberikan dalam kadar segera bagi membenarkan orang ramai menunaikan solat Jumaat setelah memenuhi syarat berdasarkan kedudukan dan keluasan surau serta kemampuan menampung jemaah selain mematuhi SOP.
PenggerakDaily