Oleh: Editorial Penggerak Daily
Pelan tindakan Dasar Automotif Nasional 2020 akan disusun semula bagi membantu menyegerakan pemulihan sektor automotif negara, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Mohamed Azmin Ali pada Mesyuarat Kedua Persidangan Dewan Rakyat Penggal Ketiga Parlimen Ke-14 di sini hari ini.
“Penyusunan semula ini dilakukan melalui galakan pelaburan dalam segmen kenderaan berteknologi tinggi dan mesra alam sekitar, pembangunan tenaga mahir tempatan dan peningkatan aktiviti pembuatan bernilai tinggi”,
Tambah beliau, langkah ini bagi menggalakkan pelaburan terutama khususnya bagi produk pasaran lepas jualan atau after-sales market serta mengaplikasikan teknologi termaju dalam rantaian bekalan automotif.
“Langkah ini diambil memandangkan ekonomi negara telah terkesan dengan wabak Covid-19 dan semua sektor ekonomi termasuk sektor automotif turut terjejas daripada segi pelaburan, pengeluaran dan penjualan,”
Demikian respon Ahli Parlimen Gombak itu terhadap soalan Dr Ong Kian Ming (PH-Bangi) mengenai anggaran Total Industry Volume (TIV) sektor automotif bagi tahun ini dan langkah memberi bantuan serta insentif bersasar kepada industri itu.
Pada April tahun ini, penjualan kenderaan penumpang dan perdagangan telah mengalami kemerosotan mendadak, hanya 141 unit terjual berbanding22,478 unit pada Mac 2020.
PenggerakDaily
Kredit gambar: indiaCADworks.com