Kamenya Omoto berkata, mana-mana individu yang ingin menjual muka mereka untuk dijadikan topeng, akan dibayar dengan harga 40,000 Yen (kira-kira RM1,560).
Syarikat yang dikendalikan Kamenya ini kemudian akan menjual semula topeng menggunakan wajah yang anda jual itu pada harga kira-kira RM3,823, dua kali ganda daripada harga yang anda jual kepadanya.
Namun sekiranya topeng muka anda itu mendapat permintaan ramai, anda juga akan diberikan komisyen daripadanya.
Projek yang dikenali sebagai ‘The Face’ dari syarikat Jepun ini bagaimanapun mendapat kritikan ramai kerana ia melibatkan sains jual beli wajah, dan boleh mendorong kepada aktiviti jenayah.
Biarpun begitu, Kamenya memberitahu projek berkenaan hanyalah terhad kepada penduduk di Tokyo dan berusia 20 tahun ke atas. Malah, si penjual juga perlu merahsiakan identiti mereka sendiri kerana ia melibatkan data peribadi iaitu wajah muka.
Sumber: Era