Oleh: Editorial Penggerak Daily
Rahmat Ikhsan atau lebih dikenali sebagai Pencetus Ummah (PU) Rahmat melalui akuan twitternya mendakwa dia mendakwa dia dijemput bekas menteri belia dan sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman untuk menyertai parti politik baru yang diasaskan anggota parlimen Muar itu.
Tanpa memberi kata putus, Rahmat meminta pandangan pengguna Twitter berkenaan pelawaan tersebut.
“Saya dan beberapa anak muda dijemput Syed Saddiq untuk menyertai parti politik baru yang diasaskan anak muda.
“Apa pandangan Twiterjaya tentang penubuhan parti anak muda ni?” ciapnya dan diulang ciap oleh Syed Saddiq.
Terdahulu, bekas Ketua Pemuda Bersatu (Armada) itu menyatakan dia tidak akan menyertai Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) yang baru ditubuhkan bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad.
Sementara itu, pertanyaan tersebut didapati mengundang pelbagai reaksi netizen termasuk ada yang mempertikaikan bagaimana parti baru tersebut memperoleh sumber dana dalam meneruskan perjuangan.
PenggerakDaily