Oleh: Editorial Penggerak Daily
Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin mengesyorkan agar Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menambah bilangan anggotanya dalam kalangan wanita dalam usaha memartabatkan kaum berkenaan.
Setakat ini penglibatan golongan wanita di dalam JBPM hanya lima peratus sahaja berbanding jumlah keseluruhan anggota bomba iaitu seramai 14,400 anggota.
“Kita sudah tetapkan kuota kepada JBPM untuk sesi pengambilan, walaupun kita dah ada lima peratus penglibatan tetapi kita cuba tingkatkan kepada 10 peratus dan akan cuba meningkat dari semasa ke semasa”.
Dalam pada itu, Zuraida turut memaklumkan setakat ini hanya terdapat lapan anggota pegawai tinggi di kalangan wanita yang mengetuai balai bomba daripada jumlah keseluruhan 327 balai seluruh negara dan angka itu disifatkan masih belum memadai.
PenggerakDaily