Oleh: Editorial Penggerak Daily
Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin disahkan menghadiri Kongres Negara, Bersatu Untuk Malaysia di Pusat Dagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC), maklum pegawai khas Muhyiddin kepada sebuah agensi tempatan.
Kongres yang diadakan esok dijangka dihadiri bekas Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan bekas Naib Presiden parti itu, Zuraida Kamaruddin.
Majlis berkenaan adalah anjuran tiga pertubuhan bukan kerajaan iaitu Pemuda Negara, Nations of Women (NOW) dan Penggerak Komuniti Negara.
Sebelum ini, Ketua Sekretariat Penganjuran Kongres Negara, Muhammad Hilman Idham berkata, objektif utama kongres yang bertemakan Bersatu untuk Malaysia ialah untuk menyemarak perpaduan dan kesatuan rakyat berteraskan prinsip Rukun Negara.
“Kongres Negara juga akan mengupas dan membahaskan usaha pembangunan bangsa, ekonomi dan negara selain mendukung kebijaksanaan serta dasar kerajaan Perikatan Nasional yang dilaksanakan demi kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara”.
PenggerakDaily