Categories
Berita Hiburan Kesihatan Viral

TANDA TERIMA KASIH, SHUIB INGIN TAJA DR NOOR HISHAM BERCUTI

Oleh: Editorial Penggerak Daily

Ketika sesi dialog bersama media dalam menangani wabak pandemik COVID-19 hari ini, Shuib Sepahtu telah tawarkan kepada Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah untuk menaja beliau sebuah percutian dalam negara.

Tawaran spontan itu sebagai tanda terima kasih kepada Datuk Dr Noor Hisham Abdullah yang memimpin barisan hadapan untuk mengawal penularan wabak pandemik COVID-19.

Walau bagaimanapun, Dr Noor Hisham memberitahu bahawa dirinya lebih selesa untuk berehat di rumah selepas penat bekerja. Malah, beliau lebih pilih untuk menghabiskan masa di rumah daripada pergi berjalan sana ke mari.

Tambahnya, bukan sahaja beliau penat tetapi semua barisan hadapan berasa penat kerana sudah bekerja tujuh bulan tanpa henti bagi membendung penularan wabak. Akan tetapi, peningkatan kes baharu kini membuatkan pihaknya bimbang dan perlukan pasukannya bekerja keras semula.

Buat rakyat Malaysia, cukuplah ucap terima kasih kepada Dr. Noor Hisham dengan mematuhi SOP dan mengambil langkah mencegah COVID1-9 supaya penularannya dapat dihentikan. Khalas!

 

PenggerakDaily

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *