Oleh: Editorial Penggerak Daily
Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin kata media massa bertanggungjawab dalam usaha memupuk perpaduan dan menyebar keamanan.
Katanya lagi, peranan media ini jelas selari dengan prinsip falsafah nasional negara yang termaktub dalam Rukun Negara.
“Falsafah nasional negara dan sebagai panduan dalam pembinaan negara hebat ini, dan sebagai cara hidup untuk semua warganegara, tanpa sebarang perbezaan, tanpa mengira fahaman atau warna”,
“Tidak keterlaluan jika saya katakan bahawa media massa telah menjadi pemangkin bagi keharmonian dan perpaduan dalam memastikan kejayaan dan kestabilan negara kita yang tercinta ini”, katanya lagi semasa melancarkan pameran foto eksklusif New Straits Times, semalam.
PenggerakDaily
Sumber: Bernama