Oleh: Editorial Penggerak Daily
Mulai hari ini, PDRM akan mengambil tindakan menangkap dan mendakwa di mahkamah individu-individu yang masih belum tampil untuk ujian saringan kedua pada hari ke-13 home quarantine, lapor Kementerian Kesihatan Malaysia melalui laman facebook rasminya.
“Indvidu yang terbabit diarahkan untuk menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) yang terdekat untuk melakukan ujian saringan kedua”.
Pada 24 Julai 2020 lepas, kerajaan telah memutuskan supaya semua rakyat Malaysia yang pulang dari luar negara dan warganegara asing yang masuk ke Malaysia (expatriate, pasangan dan tanggungan rakyat Malaysia) perlu menjalani perintah kuarantin wajib 14 hari di Stesen Kuarantin yang ditetapkan Kerajaan. Mereka yang terlibat perlu menanggung sepenuhnya kos kuarantin termasuk kos ujian saringan COVID-19.
Sehingga kini, seramai 839 individu telah pulang ke tanah air melalui pintu masuk sempadan antarabangsa dan kesemua telah ditempatkan di 6 Stesen Kuarantin di Kuala Lumpur, Negeri Sembilan dan Johor.
Mereka telah pulang dari 17 negara iaitu Indonesia, Singapura, Vietnam, Brunei, Qatar, Pakistan, Arab Saudi, Hong Kong, India, UAE, Jepun, Turki, Korea Selatan, Iran, Bangladesh, China & Australia.
PenggerakDaily