Categories
Berita Budaya Ekonomi kemalangan Kesihatan

TANPA JAWATAN DAN KUASA, EBIT LIEW TETAP BERKHIDMAT

Oleh: Editorial Penggerak Daily
Terima kasih ustaz Ebit, walaupun tanpa jawatan dan kuasa, tetap terus memberi khidmat dan bantuan”, komen Fairuzzaman di laman facebook Ebit Liew berkenaan misi bantuan di Sabah, pagi tadi.
Rata-rata netizen terharu dengan kemurahan dan empati yang ditunjukkan oleh Ustaz Ebit Liew walaupun tidak memegang sebarang jawatan dan amanah untuk melakukan tindakan sedemikian.
Menurut hantaran facebook berkenaan, Ebit menzahirkan kerisauannya mengenai saudara di Sabah yang kesempitan akibat kes COVID-19 yang meningkat secara mendadak hingga menyebabkan beberapa kawasan dikalsifikasikan sebagai zon merah.
“Doakan ya. Risau teramat sangat baca tentang saudara kita di Sabah. Ramai mesej saya minta bantuan”,
“Terus pagi ini hantar barang medikal ke Sabah. Hantar barang medikal set PPE dengan spec, face shield, mask, shoe cover untuk keperluan kakitangan hospital, klinik dan frontliner di Sabah”,
Dalam hantaran berkenaan, Ebit juga mendoakan semoga rakyat Sabah kekal selamat.
PenggerakDaily

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *