Terdahulu ahli parlimen Port Dickson itu memasuki pekarangan Istana Negara 10.25 pagi yang dijadualkan menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah menjadi tumpuan ketika khabar angin perubahan kerajaan kian bertiup kencang.
“Anwar menghadap Agong selepas ia tertangguh sebelum ini dan tiada kaitan dengan mempersembahkan sokongan ahli parlimen”, kata Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin yang dipetik dari portal Kosmo! Online semalam.
“Tiada kena mengena dengan mempersembahkan sokongan ahli parlimen, tetapi jika beliau (Anwar) ingin mempersembahkan juga sokongan (ahli parlimen), boleh serahkan,”
Sementara itu, Pengarah Komunikasi Keadilan, Fahmi Fadzil memaklumkan Anwar akan mengadakan satu sidang media khas berkenaan satu pengumuman penting hari ini, jam 2 petang di Hotel Le Meridien, Kuala Lumpur.
PenggerakDaily