Oleh: Editorial Penggerak Daily
Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) melalui kerjasama Orion Biosains Sdn Bhd berjaya membangunkan teknologi pemprosesan DNA dinamakan SureSawit.
Teknologi tersebut berupaya mengesan benih sawit dari baka Dura yang mempunyai jumlah perahan rendah.
Keputusan analisis diketahui dalam tempoh 24 jam.
Pengerusi MPOB Datuk Ahmad Jazlan Yaakub berkata, ” teknologi berkenaan dapat memastikan pengusaha sawit menanam benih hanya dari baka Tenera yang mempunyai kandungan minyak lebih tinggi”,
“Teknologi pemprosesan DNA ini juga diyakini mampu meningkatkan lagi kualiti pengeluaran minyak sawit tempatan”, katanya lagi ketika meninjau fasiliti makmal penyelidikan Orion Biosains, di Puchong, Selangor.
Dalam pada itu, MPOB menerusi Pusat Latihan Sawit Malaysia (PLASMA) sedang mengenal pasti strategi bagi mengatasi kebergantungan kepada tenaga buruh asing dalam sektor perladangan sawit.
Antaranya termasuk pemberian insentif galakan dan latihan kemahiran bagi menarik penyertaan warga tempatan.
Sumber: RTM