Categories
Berita Business Ekonomi

TEKUN NASIONAL SALUR RM6.16 BILION KEPADA USAHAWAN, PENJAJA

Oleh: Editorial Penggerak Daily

Sebanyak 623,078 pembiayaan bernilai RM6.16 bilion oleh Tekun Nasional telah disalurkan kepada usahawan termasuk penjaja sehingga kini, kata Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Wan Junaidi Tuanku Jaafar ketika menjawab pertanyaan wakil Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin di Dewan Rakyat.

“Tekun juga menyediakan pelbagai skim pembiayaan bagi usahawan tempatan yang terjejas akibat penularan wabak COVID-19”,

“Sebanyak 9,864 pembiayaan bernilai RM537.1 juta telah disalurkan menerusi Skim Pembiayaan Kontrak-I manakala 2,135 pembiayaan bernilai RM313.7 juta disalur menerusi Skim Pembangunan Usahawan Masyarakat India”,

“Selain itu, 26,123 usahawan dibantu menerusi Skim Pembiayaan Pemulihan Perniagaan Mikro manakala Skim Pemulihan Perniagaan TEKUN memanfaatkan 8,435 usahawan”.

 

PenggerakDaily

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *