Editorial Penggerak Daily
Mutakhir ini, perkataan ‘darurat’ menjadi ‘trending’ setelah dikatakan kemungkinan akan berlakunya darurat ekoran peningkatan COVID-19 yang mencanak hingga memberi kesan kepada sosial, keselamatan dan ekonomi Malaysia.
Namun, darurat bukanlah pengalaman baharu untuk Malaysia. Malaysia pernah berdepan dengan darurat selama 12 tahun (1948-1960). Pendudukan Jepun di Tanah Melayu antara tahun 1942 hingga 1945 telah menyemarakkan semangat nasionalisme orang-orang Melayu pada masa tersebut.
Selepas Jepun menyerah kalah kepada British pada 15 Ogos 1945, Tanah Melayu mengalami ‘kekosongan kuasa’ terutamanya di kawasan-kawasan pedalaman.
Selepas Jepun menyerah kalah kepada British pada 15 Ogos 1945, Tanah Melayu mengalami ‘kekosongan kuasa’ terutamanya di kawasan-kawasan pedalaman.
Kontinjen pertama British tiba di Tanah Melayu pada 3 September 1945 diikuti dengan ketibaan di Singapura pada 8 September 1945. Dalam masa seminggu. anggota MPAJA (kemudiannya dinamakan sebagai Parti Komunis Malaya – PKM) telah keluar dan menunjukkan kuasa.
Pada masa tersebut ramailah penduduk Tanah Melayu yang terdiri daripada orang Melayu, India dan Cina telah diseksa dan diperlakukan dengan kejam terutamanya orang Melayu yang bertugas sebagai anggota polis semasa pemerintahan Jepun.
Korban yang melibatkan tiga orang pengurus ladang berbangsa Eropah di Sungai Siput, Perak pada 1948 menjadi titik mula kepada pengisytiharan darurat di seluruh kawasan Tanah Melayu yang sebulan kemudiannya PKM telah diharamkan.
Undang-undang darurat kemudiannya telah diperkenalkan. Antara isinya termasuklah:
- Parti politik bersifat radikal telah diharamkan
- Sesiapa yang disyaki terlibat dalam kegiatan komunis akan ditangkap dan dibuang negeri
- Hukuman mati buat mereka yang bersubahat dengan komunis.
Manakala, pada 19 September 1997, Malaysia pernah mengisytiharkan darurat sebanyak tiga kali akibat daripada situasi jerebu teruk yang melanda negara yang mana Sarawak pada ketika itu bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) mencecah 600.
Seterusnya pada 11 Ogos 2005 di Kuala Selangor dan Pelabuhan Klang yang mana IPU telah melebihi 500 dan pada 23 Jun 2013 di Muar dan Ledang, Johor selepas IPU melebihi 500.
Sumber: Odisi