Oleh: Ahmad Roi
Kebanyakan kita hanya tahu 31 Ogos 1957 sebagai Hari Kemerdekaan Tanah Melayu. Itu pun mujur kerana ada cuti peristiwa. Jadi, menjelang Hari Kemerdekaan esok, Roi ingin beritahu beberapa fakta menarik mengenai Kemerdekaaan. Moga-moga kita hargai tarikh keramat ini lebih sekadar dari gembira dapat cuti.
- Siapa yang pilih tarikh 31 Ogos 1957 sebagai tarikh Kemerdekaan? Pasti ramai tidak sangka, ayah dan datuk Perdana Menteri Malaysia ke-5, Abdullah Ahmad Badwi terlibat dalam menentukan tarikh tersebut. Tarikh ini telah dipilih dalam mesyuarat antara Ketua Pemuda UMNO, Tun Sardon Jubir dan timbalannya, Ahmad Badawi di Kepala Batas pada 1956. Datuk Abdullah Ahmad Badwi, Haji Abdullah Fahim yang juga Mufti Pulau Pinang turut serta dalam mesyuarat tersebut.
- Ratu England, Duke of Gloucester, Perdana Menteri India dan Raja Thailand antara wakil negara lain yang turut hadir ketika Hari Pengisytiharan Merdeka pada 31 Ogos 1957.
- 7 kali laungan ‘Merdeka’ yang dilaungkan Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu pertama, Tunku Abdul Rahman di hadapan 20 ribu rakyat pada tarikh keramat ini.
- Dokumen Pemasyhuran Kemerdekaan 1957 ditulis dalam dua bahasa iaitu Bahasa Melayu dalam tulisan jawi dan Bahasa Inggeris.
- Rombongan Tunku sampai di London pada 14 Januari 1956. Mereka kemudiannya berunding dengan perwakilan British, Setiausaha Negara bagi Tanah Jajahan dan Pesuruhjaya Tinggi British di Persekutuan Tanah Melayu. Rundingan bermula 16 Januari hingga 6 Februari 1956.
- Draf Perlembagaan dibincangkan di London pada 10 Mei 1957. Antaranya, Bahasa Melayu diiktiraf sebagai bahasa kebangsaan.
- Jalur Gemilang yang ada pada hari ini merupakan hasul rekaan Mohamed Hamzah. Rekaan beliau dipilih kerana mendapat pilihan majoriti dan perkenan Mesyuarat Majlis Raja-raja.
- Siti Rahmah rakyat pertama menyerahkan gelang emas (hadiah pernikahan dari ayahnya) kepada Tunku Abdul Rahman untuk biaya ke London dalam rangka menuntut kemerdekaan Malaysia dari Inggeris. Dia kemudian dikenal sebagai “Tokoh Gelang Kemerdekaan”