Unit Peneraju Agenda Bumiputera (Teraju) berhasrat untuk memohon dana tambahan sebanyak RM10 bilion menerusi Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) dikhaskan kepada program Dana Kemakmuran Bumiputera (DKB).
Ketua Pegawai Eksekutif Teraju, Md Silmi Abd Rahman berkata, jumlah tersebut meliputi sebanyak RM2 bilion sebagai bajet tahunan dalam tempoh lima tahun.
“Tetapi, kita sasar untuk dapat RM1 bilion untuk tempoh setahun. Dan dalam mesyuarat, kita telah bangkitkan agar, untuk masa depan dapat disediakan RM1 bilion setahun.
“Berdasarkan prestasi kejayaan (projek sebelum ini) dengan peruntukan sebanyak RM2 bilion, kita mampu sediakan peluang pekerjaan sehingga 50,000”, tambahnya lagi.
Terdahulu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas) Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof ketika melancarkan DKB mengumumkan Teraju telah meluluskan peruntukan RM100 juta bagi program DKB.
PenggerakDaily
Sumber: Awani