JOHOR BAHRU: “Terima kasih Kebajikan Jiwa Prihatin, boleh kami sambut Deepavali”, kata Puan Vimala, 41, salah seorang penerima sumbangan sempena Deepavali daripada Pertubuhan Kebajikan Jiwa Prihatin.
“Dengan keadaan ekonomi yang tidak stabil dan wabak COVID-19, menambahkan lagi kesusahan kami untuk meneruskan kelangsungan hidup, apatah lagi menyambut Deepavali dengan meriah”
“Namun, sumbangan ini memberi makna besar untuk kami sekeluarga menyambut Deepavali, walaupun sederhana” luah Puan Vimala lagi.
Program Sumbangan Deepavali yang dianjurkan bersama Penggerak Komuniti Negara (PKN) Johor ini telah mengedarkan sumbangan yang berupa keperluan makanan, bahan membuat kuih, muruku dan wang tunai kepada kira-kira 100 buah keluarga di sekitar Bekok, semalam.
Menurut Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Jiwa Prihatin, Tan Lek Khang, “Sumbangan berupa keperluan asas dan makanan ringan seperti Muruku merupakan usaha kecil bagi membantu mereka menyambut Deepavali dengan meriah, walaupun dalam situasi pandemik dan ekonomi yang mencabar sekarang”
“Dengan program ini juga, NGO kami dapat merapatkan lagi hubungan sesama manusia dan mendorong sikap ingin membantu tanpa mengira perbezaan bangsa, agama dan budaya”.
“Langkah ini tentunya seiring dengan slogan ‘Kita Jaga Kita’, jadi sebagai NGO anak muda kami yakin ‘Kita Jaga Kita’ dapat dilaksanakan, bukan hanya slogan”.
Tambah Tan lagi, lebih menyedihkan ialah rata-rata penerima sumbangan mengakui mereka belum membuat sebarang persiapan untuk menyambut Pesta Cahaya ini.
PenggerakDaily