Oleh: Editorial Penggerak Daily
“Terima kasih rakyat Malaysia atas kesabaran dan kerjasama yang telah diberikan kepada barisan hadapan dan pihakberkuasa sepanjang masa yang mencabar ini”, ucap Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham selepas beliau dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerima anugerah The Brandlaureate Award.
KKM menerima kategori Certificate of Recognition and Appreciation oleh The World Brands Foundation atas peranannya membendung dan mengekang penyebaran COVID-19.
Dr. Noor Hisham Abdullah pula menerima Outstanding BrandLeadership Award 2020 bagi mengiktiraf kepemimpinan beliau dan cabaran yang dilalui untuk mendorong rakyat mendepani COVID-19 melalui pelbagai inisiatif.
Kedua-dua anugerah ini telah disampaikan oleh YBhg Tan Sri Rainer Althoff, Pengerusi The BrandLaureate kepada YBhg. Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah, Ketua Pengarah Kesihatan di Ibu Pejabat KKM hari ini.
Dr. Noor Hisham mengucapkan terima kasih di atas penghargaan tersebut.
“Kami tidak berada di sini kerana populariti tetapi apa yang lebih penting adalah untuk melindungi negara”, katanya yang mendedikasikan anugerah itu kepada seluruh petugas di barisan hadapan dan di belakang tabir.
Perang masih belum dimenangi. Orang ramai digesa untuk mematuhi SOP.
“Kita jaga kita, Kita jaga keluarga kita, Kita jaga komuniti kita, Kita jaga negara kita”.
PenggerakDaily