Oleh: Editorial Penggerak Daily
Laporan Forbes yang dikeluarkan 12 Ogos lalu menunjukkan senarai aktor yang mendapat bayaran tertinggi sepanjang 2020.
Dalam laporan tersebut, The Rock atay Dwayne Johnson berada di kedudukan teratas dengan menerima bayaran USD87.5 juta.
Sebelum ini The Rock baru saja menerima USD23.5 juta untuk filem ‘Red Notice’ dari Netflix, yang menyumbang sebahagian pendapatannya pada tahun 2020.
Selepas The Rock, Ryan Reynolds berada di kedudukan kedua dengan bayaran sebanyak USD71.5 juta sementara Mark Wahlberg berada di kedudukan ketiga dengan USD58 juta.
Akshay Kumar satu-satunya artis Bollywood yang tersenarai dalam kedudukan 10 teratas. Dengan pendapatan USD48.5 juta sepanjang 2020, beliau menduduki di tempat ke enam.
PenggerakDaily