Olej: Editorial Penggerak Daily
Berhubung isu mengenai caj perkhidmatan 0.02 peratus ke atas setiap pembelian secara atas talian, Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) menegaskan pihaknya masih tidak melakukan sebarang perbincangan berhubung caj berkenaan.
Sebelum ini Zahidi Zainul Abidin, Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, telah menyatakan caj tersebut akan dikenakan kepada pengguna e-dagang.
Sebagai contoh – sekiranya para pengguna melakukan pembelian sekitar RM1,000 – caj perkhidmatan bagi setiap pembelian tersebut akan dikenakan serendah RM0.20 sen.
Tindakan cadangan ini adalah untuk mempelbagaikan perolehan sumber kerajaan, malah kutipan tersebut akan digunakan untuk membaikpulih sitem keselamatan bahagian komunikasi. Ini kerana perbelanjaan besar bagi penambahbaikan sistem negara diperlukan.
Bagaimanapun, ternyata caj tersebut masih lagi tiada dalam perancangan untuk masa terdekat ini.
PenggerakDaily