Oleh: Editorial Penggerak Daily
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri berkata, tiada halangan untuk umat Islam memakai pakaian kebudayaan bangsa lain asalkan ia patuh syariah.
Tambahnya, “meraikan budaya lain tidak menjadi kesalahan, namun jika berkait isu agama, ia perlu diperhalusi”,
Beliau mengulas isu umat Islam mengenakan busana tradisonal bangsa lain sempena sambutan bulan kemerdekaan.
Sebelum ini, isu mengenai heroin drama tanahair, Mira Filzah yang dikecam segelintir netizen kerana mengenakan sari dalam satu video promosi kanta lekap.
Namun, ramai juga netizen yang tidak bermasalah dengan tindakan Mira, malahan sedar kita hidup dalam kepelbagaian kaum yang mempunyai keunikan seni tersendiri yang perlu diraikan.
PenggerakDaily