Majlis Presiden PKR, Anwar Ibrahim, bersama pengundi Inanam malam tadi dihentikan polis dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) selepas dikatakan tidak mempunyai premit.
Anwar tiba di majlis itu pada 8 malam dan sempat berucap kira-kira 10 minit sebelum diminta berhenti. Sebelum itu, calon PKR, Peto Galim sempat berucap kepada kira-kira 200 hadirin di majlis yang bermula pada 7 malam.
Pengarah Strategik PKR, Sim Tze Tzin, pada sidang media selepas itu kesal dengan kejadian itu namun menepisnya sebagai perkara biasa semasa musim kempen.
“Program ini sebenarnya dirancang pada saat akhir iaitu pada malam Jumaat, dan kami cuba menghantar permohonan pada Sabtu namun bahagian yang memproses permit untuk kempen di balai polis tutup pada Sabtu dan Ahad,” katanya.
Sumber: Harian Metro