Oleh: Editorial Penggerak Daily
Seorang bintang Tik Tok dari China yang dikenali sebagai Lamu telah dibakar hidup-hidup ketika sedang ‘live’ Tik Tok di rumahnya sendiri.
Menurut laporan akhbar China, Lamu diserang lelaki terbabit yang dipercayai bekas suaminya sendiri di wilayah pergunungan Aba di barat China ketika sedang menyanyi gembira di TikTok.
Bintang sosial itu menarik perhatian netizen kerana dikatakan cantik tanpa menggunakan sebarang alat solek dan sering mendapat berjuta ‘like’ dan mempunyai ribuan pengikut di media sosial berkenaan.
Serangan tersebut mengakibatkan Lamu melecur 90 peratus dan koma selama dua minggu sebelum meninggal dunia.
Susulan kejadian terbabit, pihak polis telah menahan lelaki yang dikenali sebagai Tang atas kesalahan membunuh.
Menurut laporan, Tang menyerang Lamu selepas wanita itu memulakan proses penceraian kerana dakwaan masalah keganasan rumah tangga.
Sumber: The Sun