Oleh: Editorial Penggerak Daily
Dalam usaha meningkatkan keselamatan dalam kalangan komuniti di DUN Pemanis, beberapa kawasan rukun tetangga (KRT) di DUN berkenaan telah dibekalkan Pesawat Udara Tanpa Pemandu (drone) bagi memudahkan kerja-kerja pemantauan.
Menurut EXCO Perpaduan, Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna negeri Johor merangkap ADUN Pemanis, Dr Chong Fat Full, 3 buah drone telah disumbangkan kepada Skim Rondaan Sukarelawan (SRS) manakala Jabatan Kebajikan Masyarakat, Pejabat Daerah Segamat dan Pejabat Kebajikan Wahda Ledang masing-masing menerima sebuah drone.
“Dengan adanya teknologi drone ini, rondaan dan kawalan keselamatan sekitar Pemanis dapat dijalankan dengan lebih efisyen dan menyeluruh”, tambah Chong lagi ketika merasmikan Program Komuniti Selamat dan Semarak Perpaduan Peringkat DUN Pemanis.
Program tersebut turut dihadiri oleh Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Intergrasi Nasional negeri Johor, Puan Safidah Abu Samah dan Ketua Polis Daerah Segamat, Superintenden Raub Selamat.
Program ini juga menyediakan taklimat pengendalian drone, taklimat keselamatan drone dan demonstrasi penggunaan drone yang dikendalikan oleh kru Penggerak Daily.
PenggerakDaily