Oleh: Editorial Penggerak Daily
Kerajaan akan menambah lagi satu juta dekoder MYTV untuk siaran televisyen percuma MyFreeview selepas mendapat permintaan tinggi penduduk terutama di kawasan luar bandar.
Usaha ini untuk memastikan perkhidmatan jalur lebar di semua kawasan berkualiti sekali gus siaran televisyen digital tidak terganggu, kata Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Zahidi Zainul Abidin
“Sekarang ini permintaan MyFreeview cukup tinggi. Kerajaan telah memohon tambahan sebanyak satu juta lagi (dekoder) untuk kita beri perkhidmatan percuma kepada rakyat, terutama di luar bandar, untuk permintaan itu.
“Walaupun di sesetengah tempat, untuk mendapat siaran MyFreeview ini tidak ada perkhidmatan jalur lebar, kerana capaiannya agak kurang atau kekuatannya tidak sampai. Ia akan ada gangguan. Itu memang kita akui”, tambahnya lagi di Dewan Rakyat hari ini, menjawab soalan Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh (Pas- Pasir Puteh).
Sumber: Awani