Oleh: Editorial Penggerak Daily
Pelumba Basikal Trek Negara, Azizulhasni Awang sampaikan pesan kepada pengayuh basikal susulan hangatnya isu keselamaan pengayuh hinggakan ada cadangan pengayuh basikal juga perlukan lesen.
Kata Azizul, “biarpun isu lesen dan plat tu masih panas, disini saya nak sentuh sedikit isu asas keselamatan bagi kaki basikal di Malaysia”,
“Tolong patuhi peraturan jalan raya!”,
“Hormati pengguna jalan raya yang lain serta pastikan anda ikuti langkah keselamatan yang sepatutnya”,
.
Tambah Azizul lagi dalam satu hantara di facebook, “di atas jalan raya ni bukan macam main saidina bang. Kalau tersilap boleh repeat balik”,
“Saya pernah tegur beberapa kaki basikal muda mudi suatu masa dahulu kerana melihat aksi mereka seperti merempit di atas jalan raya (kayuh macam atuk nenek die punye jalan)”,
“Kalau boleh pilih tempat kayuhan yang selamat dan kurang kesesakan kenderaan lain. Apabila berkayuh tu, kalau boleh rapat dengan line jalan”
“Kalau bercadang untuk berkayuh dalam group yang besar, adalah lebih baik jika anda ada escort sekurang-kurangnya di belakang”,
Azizul juga berpesan kepada pengayuh basikal supaya hormati pengguna jalan raya lain.
“Jangan timbulkan kemarahan pengguna jalan raya yang lain kerana impak die nanti semua orang kena. Kerana nila setitik rosak susu sebelanga”,
PenggerakDaily