Oleh: Editorial Penggerak Daily
Kerajaan akan menubuhkan Majlis Kemakmuran Bumiputera (MKB) sebagai platform tertinggi dalam memperkasakan pembangunan sosio-ekonomi bumiputera.
Menteri Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Mustapa Mohamed berkata, “MKB merupakan strategik untuk memandu dan memperkasa ekonomi Bumiputera melalui usaha peningkatan kapasiti yang merentas program”.
MKB yang diputuskan dalam Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi (EAC) ini selaras dengan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) yang mendukung tiga objektif utama; pembangunan untuk semua; merapatkan jurang kekayaan; dan membina negara bersatu, makmur dan bermaruah.
PenggerakDaily
Kredit gambar: Astro Awani