Categories
Berita Budaya Pendidikan

TUBUHKAN SEMULA JKMMS PERKASAKAN MAHKAMAH SYARIAH

Oleh: Editorial Penggerak Daily

Kerajaan sedang mempertimbang untuk menubuhkan semula Jawatankuasa Memperkasa Mahkamah Syariah (JKMMS) yang dihentikan apabila kerajaan Pakatan Harapan (PH) mengambil alih pentadbiran negara selepas pilihan raya umum ke-14 (PRU14) Mei 2018.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama),Zulkifli Mohamad berkata, ini kerana jawatankuasa yang ditubuhkan pada 2017 itu bertujuan memartabatkan sistem perundangan syariah secara holistik selaras dengan kedudukan Islam dalam perlembagaan persekutuan.

“Bagaimanapun jawatankuasa ini telahpun terhenti akibat pertukaran kerajaan selepas PRU14. Kerajaan sedang meneliti kewajaran untuk menubuhkan semula jawatankuasa ini.

“Sebarang usaha untuk menstruktur semula pentadbiran dan prosedur yang diguna pakai Mahkamah Syariah seluruh negara bagi menaik taraf perkhidmatan serta integriti institusi tersebut perlulah mendapat pandangan dan persetujuan daripada Sultan selaku ketua agama bagi negeri-negeri tersebut, serta pihak berkuasa agama kerajaan negeri yang berautoriti,” katanya.

Dalam perkembangan sama Zulkifli berkata, kerajaan persekutuan, dengan kerjasama kerajaan negeri sedang berusaha ke arah pemerkasaan institusi Mahkamah Syariah melalui cadangan untuk memperluaskan bidang kuasa mahkamah, menaik taraf sistem kehakiman syariah serta menyemak semula kedudukan hakim Mahkamah Syariah.

Sumber: Free Malaysia Today

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *