JOHOR BAHRU: Sempena Hari Kurang Upaya yang disambut pada 3 Disember setiap tahun, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Dato’ Saifuddin Abdullah mengumumkan untuk menubuhkan unit khas komunikasi antara Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) dan warga kurang upaya.
“Sempena Hari Kurang Upaya, saya mengumumkan akan menubuhkan unit khas komunikasi dua hala atau komunikasi pelbagai hala antara KKMM dan warga kurang upaya”, katanya dalam video Selamat Menyambut Hari Orang Kurang Upaya 2020 terbitan FINAS.
Bagi Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Rina Harun, “dalam belanjawan 20201, kerajaan telah menyediakan pelbagai inisiatif kepada golongan kurang upaya”,
“Antaranya kadar kenaikan bantuan bulanan, had pelepasan cukai yang lebih tinggi dan beberapa inisiatif lain sebagai tanda keprihatinan kerajaan dengan golongan ini”,
Walaupun berhadapan dengan pandemik COVID-19, namun kerajaan tetap berusaha membina kesejahteraan OKU mendepani perubahan.
PenggerakDaily