Oleh: Editorial Penggerak Daily
Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Haji Affendi Buang menegaskan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) amat terkesan dengan kenyataan seorang ahli politik yang mengaitkan insiden di Lahad Datu pada 2013 merupakan sandiwara negara.
“Tuduhan anggota ATM hanya membuat serangan kepada ayam dan anjing merupakan tuduhan yang tidak benar”,
“Tuduhan itu memperlekehkan tugas serta tanggungjawab anggota tentera serta pasukan keselamatan lain dalam mempertahankan kedaulatan negara”
Sebelum ini, Ahli Parlimen Lahad Datu, Datuk Mohamaddin Ketapi telah membuat kenyataan mengenai tragedi pencerobohan di Lahad Datu pada tahun 2013 adalah satu sandiwara oleh kerajaan pada masa itu.
“Kamu ingat dahulu Pilihan Raya Umum ke-13 lepas, dia (kerajaan BN) bilang Filipina mahu ambil ambil Sabah,
“Jadi ada peperangan konon di Tanduo datanglah jet (pesawat tentera) pergi Tanduo dibomnya sana kelapa sawit orang, habis hangus kelapa sawit orang, habis rumah orang koyak-mengoyak ditembak,
“Ini kenyataan, habis itu disuruh kereta kebal masuk pergi kampung-kampung, suruh berperang sama ayam. Siapa kawan dia berperang, tidak ada, ayam sama anjing di kampung kawan dia berperang,” katanya ketika ceramah sempena Pilihan Raya Negeri Sabah di Gelanggang Futsal, Kampung Warisan Lahad Datu pada Ahad.
PenggerakDaily