Categories
Berita Budaya pembangunan Pendidikan Sejarah

TULAR ISU TUKAR NAMA JALAN, SIAPA DI BALIK NAMA JALAN RAJA LAUT

Oleh: Editorial Penggerak Daily
Media sosial jadi kecoh apabila Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memutuskan untuk menukar nama Jalan Raja Laut 1 kepada Jalan Palestin.
Rata-rata netizen tidak bersetuju dengan tindakan tersebut  dan menyifatkan tindakan tersebut sebagai buta sejarah.
Jadi, mari kita lihat sipa di sebalik nama jalan Raja Laut ini.
Raja Laut ibni Sultan Muhammad Shah merupakan Raja Muda Selangor yang lahir pada 1850 dan mangkat sebagai Raja Muda pada 1913.
Raja Muda Laut telah dilantik sebagai Raja Muda Selangor pada tahun 1898 oleh Paduka Sri Sultan Selangor ke-5 iaitu Sultan Ala’uddin Suleiman Shah.
Raja Muda Laut telah berkahwin dengan  Raja Daing Chahaya dan dikurniakan seorang putera, iaitu Raja Alang. Keluarga di Raja ini tinggal di sebuah rumah di kawasan “Batu Road” pada ketika itu.
Baginda dikebumikan di tanah perkuburan Kampong Gonggang iaitu nama asal Jalan Ampang. Nama Raja Laut diabadikan sebagai nama sebuah jalan yang bersambung dengan Jalan Tuanku Abdul Rahman di Kuala Lumpur.
PenggerakDaily

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *